Template by:
Free Blog Templates

Thursday

Tips penjagaan komputer riba (laptop)


  1. Bateri
    • Elakkan daripada penggunaan bateri dan digalakkna untuk menggunakan kuasa terus dari punca eletrik
    • Komputer lebih sejuk tanpa haba dari bateri.
    • Jika bateri sudah habis digalakkan menggunakan kuasa dari adapter.
    • Pastikan bateri berada di bawah 10 pertus sebelum dicas semula.
    • Jika terlalu kerap dicas bateri akan kehilangan keupayaan menyimpan tenaga di bawah 50 peratus.
  2. Papan Kekunci
    • Letakkan sekeping kertas A4 untuk papan kekunci setiap kali tidak menggunakannya untuk menghindarkan papan kekunci dimasuki habuk.
    • Sesekali lapkan papan kekunci dengan perlahan-lahan. Jangan terlalu kasar untuk mengelakkan butang kekunci rosak.
    • Gunakan papan kekunci dan tetikus berasingan supaya kita tidak terlalu kerap menggunakan papan kekunci di computer riba.
  3. Skrin LCD
    • Lapkan skrin selalu kerana ia mudah dimasuki habuk.
    • Gunakan skrin saver
    • Power management setkan kepada ‘Turn Off monitor in … minutes’.
    • Elakkan menyentuh skrin dengan jsri kerana kesan jari yang berminyak menyukarkan untuk pembersihan.
    • Jangan letakkan jari diskrin kerana boleh menyebabkan ‘Dead pixel’.
  4. Haba panas
    • Pastikan komputer riba anda mempunyai ruang untuk mengeluarkan haba panas.
    • Perlu diingat komuter riba mempunyai ruang simpanan yang kecil.
  5. Surge Protector
    • Fungsinya sebagai menjaga perisian dan perkakasan daripada rosak.
    • Disyorkan untuk diguna bagi menjaga perkakasan dalaman computer riba.
    • Kelebihan lain Surge Protector ialah menjaga pemacu cakera keras (HDD) dan punca kuasa (Power Supply)
  6. Port
    • Sentiasa dibersihkan kerana mudah dimasuki habuk
    • Gunakan berus atau berus gigi lama
    • Pastikan suis dimatikan ketika membuat pembersihan.
Sumber: Berita Harian ,29 Oktober 2009

No comments:

Post a Comment