Template by:
Free Blog Templates

Monday

Tip dan info

1. Pastikan anda menyimpan CD driver komputer dan printer. CD ini diterima semasa anda membeli komputer dahulu. CD ini akan digunakan semasa komputer anda mengalami kerosakan nanti. 
2. Jangan mengamalkan menutup CPU komputer anda seperti menutup TV. Pastikan anda” shutdown” komputer anda. Ini akan menyelamatkan cakera keras (harddisk) anda daripada mengalami kerosakan fizikal. 

3. Untuk melindungi komputer anda daripada dibuka oleh orang lain tanpa keizinan anda, pastikan anda membuat “password” pada sistem BIOS komputer. 

4. Anda digalakan menyimpan data didalam” harddisk” dan bukannya di dalam disket. Data didalam disket mudah hilang kerana terdedah kepada cahaya, magnet dan kulat. Gunakan disket hanya untuk penyimpanan sementara sahaja. 

5. Tutuplah lubang kipas dibelakang bekalan kuasa (power supply) komputer anda dengan sesuatu seumpama jaring untuk mengelakkan daripada kemasukkan cicak atau lipas. Ini dapat mengelakkan daripada berlakunya lintar pintas pada power supply anda ketika anda menghidupkan komputer nanti. 

6. Untuk memanjangkan jangka hayat monitor anda pastikan bekalan kuasa monitor diperolehi dari soket elektrik dan bukannya dari CPU komputer. 

7. Pastikan “restart” komputer apabila meng”install”kan perisian. Contohnya permainan games. “Restart” akan membuatkan”Windows” anda menyusun fail-failnya. Kekerapan tidak melakukan perkara tersebut boleh menyebabkan masalah pada windows anda nanti kerana selalu lambat beroperasi. 

8. Digalakan tidak mengamalkan penggunaan internet ketika hujan lebat. Ini dikhuatiri boleh merosakkan modem dan seterusnya CPU anda, kerana berlakunya panahan petir pada talian telefon walaupun jaraknya 2 kilometer dari rumah anda. Seelok-eloknya tanggalkan wayar telefon dari CPU anda sekiranya anda tidak menggunakan internet.

No comments:

Post a Comment