Monday

PALESTIN

Pada kita derita itu
pada gagalnya peperiksaan
laparnya perut pada makanan
putusnya cinta pada kekasih pujaan
jauhnya ibu ayah dari dakapan
juga habisnya duit dalam bekalan

Pada mereka derita itu
Apabila rumah kediaman digesel trak
Harta benda serba serbi dirompak
maruah keluarga dipijak-pijak
anak bini dicincang oleh manusia tak berotak
tanah air Islam diinjak-injak

Irama kita
adalah suara Siti yang merdu
atau muzik rock yang bingit melegakan
atau suara nasyid yang mendayu-dayu

Irama mereka
bulddozer yang menghiasi setiap pagi
ketulan batu yang dicampak ke muka yahudi
Bom yang tak pernah sunyi berbunyi

Sungguh sukar kita berada di tempat mereka
kita masih tak sanggup menerima ujian sedemikian mereka

Berpisahnya kita dari keluarga cuma sementara
berpisahnya mereka dengan ayah,ibu, adik beradik adalah buat selama-lamanya

Tanggisnya kita di dunia adalah kerana gagalnya kita dalam ujian
putusnya cinta atau geramnya pada manusia

Tanggisnya mereka di dunia kerana tidak dapat membunuh musuh Allah
kerana gagalnya mereka menemui kesyahidan

Rindu kita hanya bauan pada keluarga tercinta
Pada kekayaan melimpa ruah
pada umur yang panjang
agar keluarga kita lebih makmur membahagiakan

Rindu mereka pada wangian syurga tertinggi…
pada syahid tanpa henti
pada perjumpaan teragung
dengan Ilahi tercinta…

Siapakah kita berbanding mereka?

KOMPUTER

PENDAHULUAN
Seseorang pemilik PC seharusnya tahu komponen-komponen PCnya.  Pengetahuan tentang nama, bentuk fizik serta fungsi komponen-komponen PC contohnya akan meningkatkan keyakinan seseorang menggunakan komputer multimedia apatah lagi khasnya bagi guru-guru untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.  Justeri itu, di dalam kertas kerja ini didedahkan kepada komponen-komponen asas yang terdapat pada sesuatu komputer peribadi atau disebut PC sahaja. 

KOMPONEN-KOMPONEN  PC
Komputer merupakan mesin yang boleh diprogramkan untuk memasukkan data (INPUT) yang kemudiannya diproses (PROSES) menjadi maklumat yang berguna.  Maklumat yang telah siap diproses kemudiannya dikeluarkan (OUTPUT) semula sama ada dalam bentuk paparan, cetakan, dan sebagainya.  Maklumat itu juga boleh disimpan (STORAN) untuk digunakan, dieditkan pada masa akan datang. Pelaksanaan proses ini dinamakan Kitaran IPOS.  Umumnya proses ini saling berinteraksi di antara satu sama lain semasa komputer berfungsi dan ianya memerlukan perkakasan dan juga perisian bagi membolehkan ianya beroperasi dengan lancar dan sempurna. Bahagian komputer mengandungi empat blok .  Blok-blok ini saling berhubung kait semasa komputer berfungsi.  Blok-blok itu adalah seperti berikut :
# Unit Input –di mana pengguna dapat memasukkan maklumat ke dalam komputer. 
   Maklumat itu boleh berbentuk teks, data, grafik, imej, bunyi. 
# Unit Output –di mana maklumat  dikeluarkan atau dibaca daripada komputer. 
# Unit Pemprosesan Pusat (CPU) –di mana data diproses. 
# Unit Ingatan atau Simpanan –di mana data atau program disimpan.
Umumnya juga, PC mengandungi kompenan-kompenan utama seperti berikut :
# Unit Input (Papan kekunci/Tetikus)
# Unit Output (Skrin paparan/pencetak)
# Unit Sistem (unit pemprosesan pusat)
# Unit Storan (Cakera Keras/Cakera Liut )

1. UNIT INPUT
Papan Kekunci
Papan kekunci atau ‘keyboard’ merupakan salah satu peranti input   Ianya  biasanya menyerupai mesin taip tradisional.  Peranti ini digunakan untuk memasukkan data atau teks ke dalam kenyataan untuk diproses.  Papan kekunci mempunyai di antara 85 hingga 120 kekunci segiempat yang mewakili aksara, nombor, “punctuation”, dan arahan komputer.  Jumlah kekunci yang ada pada PC seseorang juga berbeza bergantung kepada PC yang digunakan.  PC desktop biasanya mempunyai 101 atau 104 kekunci.  Manakala PC yang lebih kecil seperti laptop, jumlah kekuncinya juga kurang kerana mempunyai ruang yang kecil. 
Papan kekunci disambungkan kepada PC melalui plug besar, plug kecil, dan kadang-kala tanpa plug.  Plug besar atau “DIN connector” merupakan sejenis sambungan “serial port” yang khas untuk sambungan antara papan kekunci dengan komputer.  Plug kecil atau dikenali “mini DIN” pula adalah sejenis sambungan yang hampir sama dengan sambungan yang digunakan oleh tetikus (mouse).  Papan kekunci yang tidak memerlukan sambungan secara terus sebaliknya beroperasi berdasarkan cahaya infrared (seperti remote control).
Secara dasarnya, sekiranya seseorang itu pernah menggunakan mesin taip tradisional, dia pastinya tidak akan menghadapi masalah semasa menggunakan papan kekunci untuk komputer.  Pada umumnya, sesuatu papan kekunci mengandungi jenis kekunci seperti berikut :
     # Butang kekunci mesin taip
     # Ruang menaip biasa dengan nombor dan aksara 
     # Butang kekunci numerik
     # Ruang nombor untuk memasukkan angka (tekan Numlock)
     # Butang kursor
     # Kekunci untuk menggerakkan kursor di antara aksara dan barisan
     # Butang fungsi
     # Kekunci untuk mengendalikan sesuatu fungsi yang diprogramkan
     # Butang kekunci komputer
     # Sekumpulan kekunci yang hanya terdapat pada papan kekunci komputer.
        Contohnya :
           i.  ALT (Alternate)
          ii.  CTRL (Control)
          iii. ESC (Escape)
          iv. ENTER 
     # Butang kekunci “Toggle”
     # Kekunci yang berfungsi “ON” dan “OFF” yang menghidupkan fungsi dan mematikan  fungsi.  
     Contohnya :
           i. NUM LOCK (Kunci nombor)
          ii. Caps LOCK (Kunci huruf besar / kecil)
          iii. SCROLL LOCK (Kunci paparan)
Namun demikian, beberapa kekunci tambahan yang telah dinyatakan di atas, yang tidak terdapat pada mesin taip tradisional, mungkin mendatangkan sedikit kesukaran kepada pengguna koomputer.  Antaranya :
     i. Kekunci ESC (Escape) yang terletak di penjuru atas sebelah kiri papan kekunci PC.  Ianya 
        digunakan untuk membatalkan arahan komputer dan juga proses yang sedang dilakukan.
     ii. Kekunci Windows 95 yang biasanya terdapat 2 kekunci tambahan yang beroperasi untuk 
        Microsoft Windows 95.
               # Icon kecil “pull down menu” yang beroperasi untuk mengaktifkan menu bagi
                  program  yang sedang digunakan
               # Logo Windows 95 yang akan mengaktifkan Start Button pada skrin PC
     iii. Kekunci CTRL (Control) yang sering digunakan untuk menghantar arahan kepada PC 
         dengan menekan dan memegang (hold) seiring dengan kekunci aksara.  Contohnya CTRL 
         S, bermakna kekunci CTRL ditekan seiring dengan kekunci S biasanya akan memberi 
         arahan “Save” data ke dalam storan.  Penggunaan sedemikian akan mempercepatkan 
         arahan kepada komputer.
     iv. Kekunci Fungsi (Function) yang terletak di bahagian atas sepanjang papan kekunci, 
         diwakili dengan F1 hingga F12.  Ianya beroperasi untuk menghantar arahan seperti juga 
         kekunci CTRL dan ALT.
Tetikus
Tetikus merupakan peranti input yang mengawal gerakan penunjuk atau cursor pada skrin paparan.  Ia merupakan peranti kecil yang bergerak di atas permukaan keras dan rata.  Ia bergerak berdasarkan pergerakan bebola di bahagian bawahnya.  Tetikus ini sering digunakan dengan animasi, grafik, dan program desktop publishing. Semasa anda menggerakkan tetikus, penunjuk pada skrin paparan akan bergerak dalam arah yang sama dan ia akan berubah mengikut lokasi di mana tetikus tersebut berada. 
Biasanya tetikus mempunyai 1 hingga 3 bebutang (button) dan setiap bebola mempunyai peranan yang tersendiri.  Terdapat  4 aktiviti utama yang boleh dilakukan oleh tetikus iaitu :
     # Click atau single click – untuk membuat pilihan yang tertentu pada skrin papa
     # Double click – untuk membuka dokumen atau memulakan program.
     # Right click – untuk memaparkan senarai arah /program pada skrin komputer.
     # Drag and Drop – untuk proses pemindahan ikon/item pada skrin.
Trackball
Trackball merupakan tetikus yang terbaik di mana bebola berada di bahagian atas.  Trackball digerakkan dengan memusingkan bebola dengan menggunakan tapak tangan atau jari anda.  Trackball juga mempunayi  1 hingga 3 butang yang berfungsi seperti tetikus apabila di klik. Kelebihan trackball ialah ia tidak memerlukan ruang permukaan yang rata atau keras. Ia juga tidak memerlukan ruang kerja yang luas.  Trackball sering juga digunakan pada komputer notebook.
KayuRia (Joystick)
Merupakan peranti input yang sangat digemari ramai terutama golongan muda iaitu untuk bermain “ computer game “.  Joystick berupa sebatang besi yang boleh digenggam dan mempunyai sekurang-kurangnya 2 bebutang yang dinamakan “trigger”. Ia juga digunakan dalam bidang Computer Aided Design (CAD)
Pen Cahaya (Light Pen)
Peranti Input yang menggunakan konsep pengesanan  pekaan cahaya untuk memilih objek pada skrin paparan.  Ia hampir menyamai konsep yang ada pada tetikus, cuma dengan light pen, ia boleh menggerakkan pointer dan memilih objek  pada paparan dengan hanya menunjuk objek tersebut dengan pen.
Skrin Sentuh.
Peranti input yang menggunakan konsep pengesanan di mana ia bertindak bukan sahaja sebagai peranti output tetapi juga sebagai peranti input.  Ia menggunakan jari untuk membuat pilihan pada skrin, sekiranya lokasi pada skrin mengesan suhu lebih kurang 98.6 F (suhu badan ) ia akan membuat anggapan bahawa pilihan telah dilakukan
Digitizing Tablet
Peranti input ini terlibat dalam bidang komputer grafik.  Ia membenarkan untuk melukis pada sekeping tablet menggunakan pen yang khas dan lukisan tersebut akan terus dipaparkan di dalam skrin paparan komputer.  Tablet tersebut terdiri dari litar elektronik yang mampu mengesan gerakan pen dan menterjemahkan kepada signal digital yang difahami oleh komputer. 
Pad Sentuh
Ianya kecil dan peka kepada cahaya.  Digunakan terutama pada komputer notebook dan laptop.  Ia juga berfungsi dengan menggunakan sentuham jari terhadap pad yang peka terhadap sentuhan.
Pengimbas (Scanner)
Merupakan alat yang berupaya menterjemahkan imej, teks, aksara, atau nombor, lukisan , dan gambar dalam bentuk tradisional ke dalam bentuk digital yang difahami oleh komputer.  Terdapat beberapa jenis peranti pengimbas yang utama iaitu:
    # Pengimbas Imej (Scanner) – Flatbed scanner/Hand-Held scanner/Sheet-Fed scanner/Photo
       scanner.
    # Peranti Pengenal Tanda dan Aksara – MICR/OMR/OCR
    # Bar Code Reader – 
    # Modem/Network Card
    # Sistem Pengenal Suara
Mikrofon
Suatu alat yang pengguna memang sudah biasa.  Ia memerlukan perisian yang khusus untuk menerima dan memproses gelombang suara atau bunyi. 

2.  UNIT OUTPUT
Peranti Output atau peranti keluaran merupakan peranti yang terdiri daripada alat-alat yang menterjemahkan maklumat yang telah diproses oleh komputer ke dalam bentuk yang boleh di fahami oleh manusia.  Data-data atau maklumat yang telah diproses oleh komputer biasanya dalam bentuk kod binari yang diwakili oleh angka 0 dan 1 yang perlu diterjemahkan kepada bentuk yang lebih difahami dan berguna untuk manusia.
Terdapat 2 jenis output yang utama iaitu:
    # Softcopy – berkaitan monitor dan audio.
    # Hardcopy – berkaitan printer.
Skrin Paparan (Monitor)
Skrin paparan atau “Monitor” pula merupakan sejenis peranti output yang paling utama.  Juga dikenali dengan nama VDU (Video/Visual Display Unit), Console, CRT (Cathode Ray Tube) ataupun skrin. Fungsinya adalah untuk memaparkan maklumat.  Apa yang ditaipkan pada papan kekunci akan dipaparkan pada skrin monitor.  Tanpanya kita tidak dapat mengetahui apa yang kita taipkan.  Oleh itu komunikasi di antara kita dengan komputer akan terhalang. 
Monitor dapat dibahagikan kepada tiga jenis berdasarkan keupayaan dari sudut paparan warnanya, iaitu :
   # Monokrom (Monochrome)
      Monitor jenis ini memerlukan kad adapter yang disambungkan pada unit sistem sebelum
       ianya dapat berfungsi sebagai unit paparan.  Ianya biasanya hanya mampu memaparkan 2 
      jenis warna iaitu satu di bahagian belakang (background) dan satu warna lagi di bahagian 
      hadapan (foreground).  Warna-warna ini boleh jadi hitam dan putih, hijau dan hitam atau 
      amber dan hitam.
   # Gray Scale
      Hanya berkeupayaan memaparkan pelbagai corak dan bayang dalam bentuk gray (kelabu).
   # Warna (Colour)
      Paling utama dan paling popular di kalangan pengguna.  Memerlukan kad adapter yang 
      disambung pada unit sistem sebelum ianya dapat berfungsi.  Berkeupayaan memaparkan dari 
     16 warna sehingga 16 juta warna yang berbeza.  Dinamakan juga RGB monitor kerana ia 
      berfungsi berdasarkan 3 signal utama daripada warna merah, hijau, dan biru (red, green, blue 
      – RGB)
     Terdapat pelbagai standard dalam membezakan skrin paparan warna, berdasarkan resolusi 
     pada skrin.  Contohnya :
              # CGA (Colour Graphics Adapter) – 640 x 200 pixel
              # EGA (Enhanced Graphics Adapter) – 640 x 480 pixel
              # VGA (Video Graphics Array) 640 x 480 pixel
              # SVGA (Super Video Graphics Array) – 800 x 600 & 1024 x 768 pixel
              # XGA (Extended Graphics Array) – 2048 x 2048 pixel0
     Secara amnya, semakin padat atau semakin banyak jumlah pixel (yang diwakili oleh dots per 
     inci), semakin tinggi kualiti imej 9semakin jelas paparan gambar.  Monitor juga biasanya 
     terdapat dalam pelbagai saiz yang berdasarkan saiz skrinnya, diukur dari sudut ke sudut 
     seperti dalam saiz 14, 15, 17, dan 21 inci.
     # Resolusi
        Adalah berdasarkan jumlah dot atau pixel yang ada pada keseluruhan skrin.  Contahnya, 
        skrin yang berolusi 640 X 480 mampu paparkan 640 pixel pada setiap baris mendatar di 
        sepanjang 480 baris menegak, bermakna terdapat lebih kurang 3000 000 pixel secara
        keseluruhan.
     Resolusi  juga membayangkan bagaimana kepadatan pixel yang ada pada sesebuah skrin
     monitor.  Semakin padat atau semakin banyak jumlah pixel semakin tinggi kualiti imej iaitu 
     semakin jelas paparan atau gambar.  Kebanyakan monitor sekarang berkeupayaan 
     memaparkan 800  X 600 pixel malahan ada monitor mempunyai skrin paparan dengan
     resolusi 1600 X 1200.
  # Saiz Skrin
     Biasanya monitor dikeluarkan dalam saiz 14, 15, 17, dan 21 inci.  Monitor yang mempunyai
     saiz besar lebih mahal harganya dan sesuai bagi kegunaan “destop publishing” 
  # Refresh Rate
     Mewakili kepantasan monitor untuk memaparkan kembali.  Semakin tinggi refresh rate, 
     semakin rendah “flicker” pada skrin. Ia diukur dalam unit herz.
  # Non- Interlaced
     Suatu teknik yang membolehkan monitor memaparkan imej dengan resolusi yang tinggi tanpa 
     mengurangkan kadar kepantasan t/balasnya.
  # Passive Matrix
     Lebih murah berbanding dengan active matric.  Kurang terang dan warnanya kurang 
     menyerlah.  Paparannya sukar dibaca/diperhatikan dari pandangan tepi.
  # Active Matrix
      Lebih mahal dan mempunyai warna dan kejelasan gambar yang berkualiti.  Paparan kekal 
      jelas walaupun dari pandangan tepi/sudut. Ia juga dikenali sebagai paparan Thin-Film 
      Transistor (TFT)
  # Audio
      Selain dari berfungsi sebagai salah satu sumber input yang semakin popular, audio juga 
      mampu berperanan sebagai hasil output.  Output audio boleh dalam bentuk muzik, suara, dan
      juga kesan khas audio.  Speker merupakan kompenan yang membenarkan komputer 
      mengeluarkan audio untuk diterima oleh pengguna. 
Printer  (Pencetak)
Pencetak membolehkan pengguna mendapatkan salinan dalam bentuk hahrcopy dari hasil pemprosesan komputer dan input pengguna.  Salinan itu boleh juga dalam bentuk kertas bercetak, transparentcy atau pun “wax thermal paper”. 
Terdapat tiga jenis pencetak/printer iaitu :
     # Pencetak Matriks Bintik/Dot-Matrik
        Bekerja berdasarkan tekanan/hentaman (impact) pada kertas.
     # Pencetak Pancut Dakwat
        Bekerja berdasarkan semburan dakwat dari katrij.
     # Pencetak Laser
        Pencetak ini menggunakan teknologi yang sama seperti mesin fotostat.  Ia  bermutu tinggi, 
        berbagai saiz, dan stail.

3.     UNIT SISTEM
Unit sistem adalah unit komputer itu sendiri.  Terletak di atas papan induk.  Di sini semua kerja-kerja operasi, matematik, dan juga pemprosesan maklumat dilakukan.  Sistem komputer ini terdiri daripada yang utamanya iaitu Papan Induk / Papan Litar Utama (Motherboard), Unit Pemprosesan Pusat (CPU – Central Processing Unit/Unit Pemprosesan Pusat), dan lain-lain komponen berkaitan termasuklah pemacu cakera, slot pengembang, kipas, unit bekalan kuasa, port input / output, dan lain-lain litar sokongan. 
Papan Induk / Papan Litar Utama (Motherboard)
Ia merupakan nadi kepada kendalian komputer dan ianya juga terbina daripada litar elektronik cetak.  Biasanya papan induk ini atau ‘motherboard’ mengandungi Unit Pemprosesan Pusat (CPU), BIOS, memori, antara muka storan, serial dan parallel port, slot tambahan (expansion slot), dan pelbagai pengawal (controller) yang diperlukan bagi mengawal peranti utama seperti skrin paparan (monitor), papan kekunci (keyboard), pemacu (drive), dan sebagainya.  Papan induk ini juga berbeza-beza dari segi saiz dan rekabentuk.  Ada 3 jenis papan induk iaitu :
    # Saiz penuh : bersaiz besar yang menempatkan penyambung-penyambung.  Litar-litarnya 
       terletak pada papan penyesuai.
    # Saiz setengah : ianya lebih padat tepi memerlukan juga kad-kad pengawal monitor, cakera 
       keras, pemacu cakera, dan lain-lain.
   # Bus tempatan : yang sangat padat dengan kesemuanya dipasang di atas papan induk.
Slot Tambahan (Expansion Boards)
Merupakan papan litar sokongan yang boleh ditambah kepada motherboard bagi .sesebuah komputer.  Biasanya ia dipasang pada “ expansion slot “ yang ada pada motherboard.  Peranannya adalah untuk menambahkan keupayaan sesebuah komputer dari pelbagai sudut yang berbeza.  Contoh-contoh expansioan board yang utama ialah:
     # Video Adapter
        Ia adalah bagi meningkatkan kebolehan paparan pada skrin monitor.  Walaubagaimanapun, 
        keupayaan sesebuah komputer bergantung juga pada jenis monitor dan juga litar logikal 
        yang sedia ada pada video adapter. 
     # Grafik Accelerator
        Ia bertujuan untuk meningkatkan tahap keupayaan grafik tranformation.  Secara tidak 
        lansung dapat membantu meringankan bebanan CPU. Ia amat penting dalam penggunaan 
        komputer grafik, CAD, dan juga komputer game.
     # Sound Card (Kad Audio)
        Sejenis expansion board yang membolehkan komputer memanipulasikan audio sebagai 
        sumber outputnya.  Ia bertujuan untuk mengeluarkan bunyi-bunyian seperti muzik dan 
        soundeffect disampin salah satu cara memasukkan data dengan bantuan perisian audio dan 
       juga microfon.
BIOS (Basic Input/Output System)
Bios merupakan papan litar atau cip yang berada pada motherboard yang bertindak mengawal bagaimana sesebuah komputer berfungsi.  Tugas BIOS ialah mengaktifkan dan mencapai data mengenai jenis mikroprosesan yang digunakan (sama ada 486, Pentium atau sebagainya) dari CPU.  BIOS melaksakan self-test terhadap CPU.  Seterusnya BIOS akan membaca maklumat yang berkaitan dengan sistem komputer daripada peranti yang dinamakan CMOS (Comlimentary Metal Oxide Semiconduktor) yang berada pada real time chip bersama-sama dengan sistem clock dan bateri.  CMOS mengandungi maklumat yang berkaitan dengan dengan perkakasan  (hahdware) seperti jenis pemancu cakera keras (Hard disk). Pemacu cakera liut (flopy disk) dan saiz ingatan utama.  BIOS akan menentukan jumlah ingatan utama yang ada dan membandingkan nya seterusnya akan mencari sistem pengoperasian yang digunakan oleh sistem komputer mengikut maklumat yang diberi oleh CMOS. 
Ingatan Utama (Main Memory)
Ingatan memori adalah merupakan kompenan komputer yang berperanan untuk memegang set arahan atau data sebelum diproses.  Saiz ingatan Utama memainkan peranan penting  dalam menentukan keupayaan komputer.  Semakin tinggi saiz ingatan utama, semakin tinggi keupayaan komputer.  Tetapi perlu diingat juga banyak faktor lain yang mempengaruhi tahap keupayaan sesebuah komputer contohnya seperti clock speed, jenis CPU dll. Saiz ingatan utama juga menentukan kelajuan dan jumlah program yang boleh dibuka serentak bagi sesebuah komputer.  Ingatan komputer diukur dalam unit megabyte (MB).  Terdapat dua jenis ingatan utama :
      # Random Access Memory (RAM) /Ingatan Capaian Rawak
         Ia berfungsi untuk menyimpan data yang sedang diproses buat sementara waktu agar ianya 
         pantas diantara CPU dan sistem pengoperasian.  Ia boleh melaksanakan proses baca dan 
         tulis dan tidak kekal dalamnya sebaik saja komputer ditutup (off).  Contoh jenis-jenis 
         modul RAM (SIMM-Single in-line Module dan DIMM-dual in-line Memory module) 
         seperti DRAM (Dynamic RAM), SRAM (Static Random-Access Memory), EDO RAM 
         (Extended-Data-Out-RAM), VRAM (Video RAM), Cache RAM.
      # Read Only Memory (ROM)/Ingatan Baca Sahaja
         ROM adalah sejenis ingatan yang sedia ada (kekal) dalam komputer walaupun punca 
         kuasa dimatikan.  Ia tidak boleh diubahkan dan ditulis tetapi boleh dibaca.  Terdapat tiga 
         jenis ROM iaitu
               # PROM-ianya boleh diprogram sekali sahaja. 
               # EPROM-boleh diprogramkan lebih dari sekali
               # EEPROM-boleh ditulis/programkan berulangkali menggunakan kuasa Elektrik.
Unit Pemprosesan Pusat (CPU)
Ia merupakan otak bagi sesebuah sistem komputer.  Berperanan menterjemahkan data input kepada maklumat output. CPU juga adalah litar elektronik yang dinamakan ‘mikropemproses’.  Tugas CPU melaksana dan mengawal keseluruhan operasi komputer dan boleh dikatakan hampir keseluruhan pengiraan dilaksanakan di sini.  CPU mengandungi 3 komponen utama iaitu :
? Unit Kawalan (Control Unit)
Unit kawalan atau CU ini mengandungi litar yang menggunakan signal elektrik yang mengarahkan keseluruhan sistem komputer untuk melaksanakan sesuatu arahan.  CU tidak melaksanakan apa-apapun arahan sesebuah progran sebaliknya mengarahkan bahagian-bahagian tertentu dalam sistem komputer untuk melakukannya.  CU aktif berkomunikasi terutamanya dengan Arithmetik / Logic dan ingatan (memori) bagi memastikan kelancaran sesebuah sistem komputer.
     # Unit Arithmetik / Logic (ALU)
        Adalah komponen dalam CPU yang melaksanakan kesemua arahan yang melibatkan 
        pengiraan arithmetik seperti penambahan, pendaraban,, dan pembahagian.  ALU juga 
        berperanan dalam menangani permasalahan yang berkaitan logikal atau perbandingan.  Hasil
        pengiraan tersebut kemudian akan dihantar  semula kepada CU sebelum ianya dipaparkan 
        ke skrin paparan oleh CPU.
    # Pendaftar (Register)
       Merupakan storan sementara bagi arahan atau data simpanan tetapi ia bukanlah sebahagian 
       daripada ingatan utama (memori).  Data atau arahan itu adalah data yang sedang diproses 
       oleh CPU.  Selepas prosesnya selesai akan diganti data atau arahan selanjutnya dan data 
       yang siap diproses itu dihantar ke ingatan utama.  Ia bertugas mengikut arahan CU dengan 
       menerima, memegang atau memindahkan arahan atau data serta melaksanakan perbandingan
       arithmetik / logic dengan cepat.
       Sebelum sesuatu arahan dapat dilaksanakan oleh CPU, arahan program dan data diletakkan 
      di dalam ingatan utama terlebih dahulu melalui penggunaan peranti input atau storan sekunder,
      dan CPU terus melaksanakan langkah-langkah :
             #. CU mencapai arahan dari ingatan utama
             #. CU menterjemah makna arahan dan menghantar data-data diperlukan dari ingatan 
                 utama ke ALU 
             iii. ALU melaksanakan arahan dengan mengawal dan menjalankan operasi pengiraan 
                  kepada data.
             iv. ALU menyimpan hasil pengiraan dalam ingatan utama atau register.
Talian Bas ( Serial Bus)
Bas merupakan laluan elektrik di dalam sistem komputer yang membawa /memeindahkan maklumat antara kompenan-kompenan komputer.  Jumlah data atau maklumat yang dihantar bergantung kepada lebar Bas tersebut.  Setiap talian Bas mempunyai clock speed yang diukur dalam unit megahertz (MHZ).  Terdapat dua jenis Bas yang utama iaitu :
    # Bas Data – untuk memindahkan data/maklumat sahaja.
    # Bas Alamat – memindahkan alamat di mana data tersebut perlu dihantar.
      Contoh-contoh talian Bas:
            # ISA Bus (Industry Standard Architecture)
               Lebarnya 16 bit dan kelajuan 8 MHZ
            # MCA Bus (Micro Channel Architecture)
               Merupakan bas 32 bit.
            # EISA (Enhanced Industry Standard Architecture)
               Juga bas 32 bit. Sesuai untuk kegunaan server rangkaian komputer dan 
               mikrokomputer berkeupayaan tinggi.
            # NU-Bus
               Digunakan komputer jenis Apple Macintosh.
            # VL-Bus (Vesa Local Bus)
               Banyak digunakan pada komputer biasa.  Lebarnya 32 bit dan kelajuan 40 
            # PCI Bus (Peripheral Compenant Interconnet)
               Bas paling digunakan sekarang dan berkelajuan tinggi “Plug and Play”.  Lebarnya 32 
               atau 64 bit dengan kelajuannya 66 MHz.
            # USB Bus (Universal Serial Bus)
               Termoden dan mampu memindahkan data dengan kadar 12 Mbps (12 juta bit per 
               saat).
Port (Soket Luaran)
Port merupakan soket luaran yang membolehkan sistem unit sesebuah kompenan menerima sambungan dari papan litar tamabahan.  Ia juga merupakan laluan yang disambung pada kebal untuk peranti seperti monitor, pencetak, keyboard dll.  Terdapat dua jenis port yang utama :
    # Port Bersiri (Serial Port)
       Biasanya menampung connecter 9 pin (COM) seperti tetikus, papan kekunci dan modern 
       yang disambung secara serial
    # Port Selari Parallel Port)
       Menampung connecter 25 pin.  (LPT 1) port.
Lain-lain port :
     # Port Video Adapter untuk menghubungkan monitor dengan kad video adapte
     # SCSI Port untuk memindahkan data dengan kelajuan pantas
     # Port Permainan 
     # Port Lembayung Merah menggunakan frekunsi gelombang radio untuk memindahkan data
Kipas (fan)
Komponen-komponen PC akan rosak jika komponen elektrik di dalamnya terlalu panas disebabkan tempoh penggunaannya.  Oleh demikian, kipas digunakan bagi mengurangkan kesan haba seperti yang digunakan pada CPU Pentium dan 686.
Unit Bekalan Kuasa (Power Supply)
Bekalan kuasa DC diperlukan komputer bagi menukarkan bekalan voltan AC 230V, 50Hz ke voltan DC.  Biasanya ia memerlukan antara 5VDC bagi papan induk, kad penyesuai, pemacu cakera, dan litar logik manakala 12VDC untuk monitor dan lain-lain.
Pengkabelan
Ada dua kabel iaitu kabel dari pengawal ke cakera keras dan satu kabel ke cakera liut.  Kabel pengawalan dihubung secara ‘ daisy chain’ ke cakera keras, dipasang terus ke pemacu C.  kabel data akan disambung secara terus.  Pengkabelan mesti dipasang betul dengan dawai warna dijajar betul ke ‘notches’ papan induk pemacu. 

4.      UNIT STRORAN
Setiap data atau arahan yang ingin dilaksanakan oleh komputer akan disimpan 
buat sementara waktu di dalam ingatan utama yang juga dikenali sebagai storan primer.  Namun ia tidak kekal dan akan hilang bila komputer di tutup.  Oleh itu, storan sekunder atau storan kedua diperlukan.  Storan kedua membolehkan data, arahan atau program komputer disimpan secara kekal.  Storan sekunder boleh dibahagikan kepada dua bahagian utama berdasarkan kaedah penyimpanan dan capaian datanya.
Pemacu cakera merupakan alat yang memegang cakera bagi membolehkandata dibaca atau ditulis kepadanya.  Setiap komputer mempunyai satu atau dua pemacu yang di kenali sebagai drive A dan drive B.  Alat ini mencari, membaca, dan menulis ke atas disket di dalam sesuatu sistem komputer.  Antara jenis-jenis pemacu adalah :
   # Pemacu cakera liut
   # Pemacu cakera keras
   # Pemacu Optik
   # Pemacu Bolehubah
Cakera Liut (Floppy Disk)
Cakera yang lembut yang diperbuat dari plastik mylar serbaguna.  Ia wujud dalam dua format iaitu 3 ½ inci yang boleh menyimpan data 1.44 Megabyte dan 5 ½ inci 1.2 MB yang semakin luput.  Capaian dan penulisan data adalah kurang pantas berbanding dengan cakera keras. 
 
Cakera Keras (Hard Disk)
Merupakan plat besi yang diselaputi magnetic oxide yang boleh dimagnetkkan bagi perwakilan data.  “Keras” melambangkan keadaan fizikalnya.  Ia mampu menampung saiz data yang lebih besar dan juga mencapai data dengan cepat.  Biasanya hanya satu cakera keras yang terdapat dalam PC yang terletak dalam ‘computer case’ atau kotak CPU yang dikenali ‘drive C’.  ianya adalah kekal di dalam sistem komputer dan tidak boleh diubah-ubah seperti cakera liut.  Komponen-komponen yang terdapat dalam cakera keras ialah :
    # Plat besi (platters)
    # Pemutar (spindle)
    # Kepala baca / tulis (read / write heads)
    # Head actuator
    # Papan litar (circuit board)
Ia berfungsi dengan platters atau cakera merupakan komponen bagi menyimpan data.  Ia akan berputar pada spindle yang dipandu oleh motor apabila komputer diaktifkan.  Permukaan cakera ini mempunyai kepala baca / tulis yang membaca dan menulis data dari setiap cakera.  Komponen ini pula dipegang oleh head actuator yang membantu menggerakkan kepala baca / tulis di sepanjang cakera.  Papan litar pula membolehkan komputer menggerakkan  kepala baca / tulis merentasi permukaan cakera.  Permukaan lapisan magnet pada cakera pula terdapat bahagian-bahagian siri tertentu membolehkan komputer menentukan kedudukan di mana data disimpan dengan tepat dan pantas.
Dalam membuat pemilihan cakera keras, beberapa faktor perlu diambilkira :
    # Saiz
       Kebanyakkan komputer dalam pasaran menawarkan sekurang-kurangnya  1 GB (1 024 
       MB),iaitu boleh menampung 192 000 mukasurat penuh denganteks.  Secara puratanya 
       ruang storan yang diperlukan oleh program seperti berikut :
                   # Windows 95   :   80 MB
                   # Microsoft Office 97 : 110 MB
                   # Netscape Communicator4 :          40 MB
                   # Macromedia Authoware4  :          25 MB
                   # Adobe Photoshop 4  :          38 MB
                   # Front Page 98   :  23 MB
    # Antaramuka (Interface)
       Antaramuka atau interface merupakan kaedah yang digunakan oleh cakera keras untuk 
       berkomunikasi dengan peranti lain yang berada di dalam sistem.  Terdapat tiga 
       pengantaramuka buat masa sekarang ini iaitu :
                   # IDE (Integrated Drive Electronict)- mampu menampung dua cakera sahaja iaitu 
                     “master drive” dan “slave”.
                   # EIDE (Extended Integrated Drive Electronict)- mampu menampung empat cakera 
                      keras dalam satu masa.
                   # SCSI (Small Computer System Interface)- boleh menampung sehingga tujuh 
                      peranti.
    # Masa capaian (Seek Time)
       Masa capaian merupakan masa yang diambil read/write head pada sebuad cakera keras 
        untuk mencapai lokasi yang mengandungi data pada permukaan platters dan juga untuk 
        bergerak pada silinder yang berlainan bagi mencapai data.  Cakera keras yang berkelajuan 
        tinggi boleh mencapai paling kurang 28 milliseconds (mn) manakala cakera berkelajuan 
        rendah pula mampu mencapai paling kurang 65 ms.
        Dari segi penjagaan pula, penjagaan yang teliti akan menjamin jangka usianya dan jika 
        sebaliknya beberapa kemungkinan akan berlaku :
                i. Bad Sector iaitu merujuk kepada kerosakan fizikal yang menyebabkan cakera sukar 
                  dibaca / ditulis  sehingga menjurus kepada kehilangan data.
               ii. Head Crash iaitu dalam keadaan ini biasanya kepala baca / tulis berapungan 
                   beberapa milimeter pada permukaan cakera.  Ia berlaku berpunca daripada 
                   kehilangan kuasa elektrik atau mechanical distress yang menyebabkan kepala akan 
                   jatuh menyentuh permukaan cakera semasa cakera berputar dan menyebabkan 
                   kerosakan pada lapisan yang mengandungai data.
              iii. Fragmentation iaitu sekiranya cakera terbiar tanpa penjagaan, fail-fail di dalamnya 
                  akan berada di dalam keadaan yang tidak tersusun  di keseluruhan cakera keras. 
                  Data-data yang disimpan berselerakan dan melambatkan proses capaian data. 
              iv. Physical and File Corruption iaitu kerosakan fizikal mahupun fail yang akan 
                  menyebabkan cakera sukar dibaca dan pengguna kehilangan data.  Mungkin 
                  disebabkan habuk, rambut, ataupun sentuhan jari pada permukaan cakera.  Masalah 
                  juga akan timbul untuk membaca / tulis data pada sektor yang mempunyai medan 
                  magnet yang rendah atau sektor yang bermasalah.
                  Namun demikian cakera keras mempunyai kelebihan dari segi capaian masa dan juga
                  dapat menyimpan data yang lebih banyak serta cepat.
Cakera Bolehubah
Cakera Bolehubah merupakan sejenis storan hasil gabungan teknologi cakera keras dan juga cakera liut.  Kepantasannya lebih dari cakera liut tetapi kurang dari cakera keras.  Kadar storan data antara 100 MB sehingga beberapa gigabyte.  Jenis-jenis Cakera Bolehubah yang popular ialah :
    # Pemacu DAT (Digital Audio Tape)
    # Pemacu Kartridge
Pita Magnetik
Ia seperti pita kaset muzik.  Saiznya ½ inci lebar dan ada juga ¼ inci.  Antara format pita magnetik popular ialah seperti:
    # QIC – boleh menyimpan sehingga 4 GB
    # Travan – boleh menyimpan data sehingga 8 GB
    # DAT – boleh menyimpan data sehingga 10GB.
Cakera Optik
Di awal teknologi penggunaan komputer,cakera liut digunakan tetapi program komputer semakin komplek dan memerlukan ruang storan yang lebih besar. Oleh itu cakera optik diperkenalkan dan mendapat perhatian ramai.  Cakera optik boleh dibahagikan kepada 4 kategori :
    # CD-ROM (Compact Disk- Read Only Memory)
       Mampu menyimpan data sehingga 650-680 MB atau sama dengan 450 X 1.44 MB cakera 
       liut atau bersamaan dengan hampir 300 000 mukasurat bercetak.  Ia hanya boleh dibaca 
       sahaja tetapi tidak boleh ditulis/”save” ke dalamnya.  Ia mampu membaca teks, audio, grafik,
       video, animasi dan sebagainya.  Kelajuan pemacu CD-ROM dikeluarkan pada tahun 1984 
       1X sehingga kini kelajuanya meningkat lebih daripada 50X.
   # CD-R (Compact Disk- Recordable)
       Ia boleh ditulis dan dibaca tetapi ia hanya boleh ditulis sekali sahaja dan ia tidak boleh 
       dipadam.  Ia memerlukan perisian yang khusus seperti Easy CD Pro, Corel CD-Creator dan
       Adaptec CD Deluxe.  Biasanya jangka hayat selama 10 tahun jika dijaga dengan betul. 
       Kelajuannya kurang berbandung deb\ngan CD-ROM.
   # CD-RW (CD-Rewritable)
       Ia boleh ditulis beberapa kali dan dibaca.  Tetapi masalahnya pemancu CD-ROM tidak
       boleh membaca file yang ditulis dalam CD-RW tersebut.
    # DVD (Digital Versatile Disk)
       Mula dipasaran tahun 1996.  Ia mampu menyimpan data sebanyak 4.7 GB.  Kadar 
       pemindahan data selaju 660 KBps iaitu 8 kali ganda pantas daripada pemacu CD-ROM.

Tuesday

Menghadapi KEGAGALAN Tanpa PENYESALAN

Perkara asas yang perlu difahami di sini adalah, bukan anda sorang saje yang menghadapi kegagalan.Kegagalan merupakan satu perkara biasa sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran.Oleh sebab itu, anda tidak perlu menyesali kegagalan anda terus menerus kerana ianya mungkin akan menjadi satu batu loncatan untuk anda berjaya di masa hadapan.Sekiranya anda menghadapi kesukaran untuk menukar kegagalan tersebut menjadi motivasi, anda boleh melakukan lima tips ini :-

1 - Berfikiran positif

Mempunyai pemikiran yang negatif tentang kegagalan akan menjadi satu penghalang yang besar bagi anda.Anda mungkin takut untuk memulakan kehidupan yang baru kerana bimbang akan menghadapi kegagalan yang lain.Jika ‘tersekat’ pada tahap ini, anda akan berada jauh dari kejayaan.Satu perkara yang perlu difahami adalah, mengatasi rasa penyesalan akibat kegagalan tersebut amat bermanfaat kepada anda dalam memperkuatkan lagi ketahanan mental.Apa-apa pun, jangan biarkan penyesalan tersebut menghalang anda daripada memiliki masa depan yang lebih cerah.

2 – Mencari punca kegagalan

Anda tidak seharusnya melihat hanya faktor luaran saje di sebalik kegagalan tersebut.Sebaliknya cuba lihat juga dari segi faktor dalaman.Faktor luaran datang dari persekitaran atau situasi anda, termasuk kekurangan kemudahan atau kurangnya sokongan.Faktor dalaman datangnya dari dalam diri anda.Sekiranya anda menemukan lebih banyak faktor luaran, itu bermakna anda telah mencuba yang terbaik tetapi nasib tidak menyebelahi anda untuk mencapai matlamat tertentu.Sebaliknya anda harus menilai semula diri anda sekiranya menemukan lebih banyak faktor dalaman yang mempengaruhi kegagalan anda.Mungkin anda kekurangan motivasi atau kurangnya disiplin dalam mengikuti jadual ataupun mempunyai masalah lain, anda harus mengubahnya segera.

3 – Buat penyelesaian yang terbaik

Jika anda telah menemukan faktor atau punca kegagalan tersebut, anda perlu mencari jalan terbaik untuk memperbaikinya.Melakukan langkah demi langkah dalam menyelesaikan masalah tersebut adalah lebih baik daripada melakukan kesemuanya sekaligus.Membuat penilaian yang jelas agar anda lebih fokus terhadap masalah tertentu dan ianya akan memudahkan anda untuk memperbaikinya.

4 – Menemukan potensi diri anda

Lebih baik bagi anda untuk menemukan potensi diri anda setelah mengalami kegagalan dan memperbaikinya.Meningkatkan potensi diri sangat penting dan membantu dalam usaha mencapai kejayaan.

5 – Trial and Error

Ini merupakan salah satu daripada langkah-langkah untuk mencapai kejayaan.Anda perlu memastikan bahawa anda menguruskan dengan baik semua usaha/rancangan anda bagi mengelakkan melakukan kesilapan/kegagalan yang sama.Ingat, anda mungkin melakukan kesilapan tetapi bukan kesilapan yang sama seperti apa yang telah anda lakukan dalam usaha/rancangan sebelum ni.Selain itu, kunci utama dalam melakukan trial and error ini adalah kesanggupan dan kesediaan anda untuk bekerja lebih keras.

Bagaimana Untuk Menghasilkan Iklan Klasified yang Efektif..?

Menghasilkan iklan online sama saje dengan iklan offline.Iklan yang dihasilkan hendaklah menarik dan tertarik.Inilah keutamaannya.Macamane..? Di bawah ada beberapa tips yang boleh membantu anda.

Pilih kategori iklan yang sesuai dengan produk anda.

Kesemua senarai iklan klasified, tidak kira online ataupun offline dikategorikan di dalam kumpulan.Adalah penting bagi anda untuk memastikan bahawa iklan anda berada di dalam kategori yang betul.Dengan cara ini, akan memudahkan pengguna untuk mencari produk atau servis yang anda tawarkan.
Sebagai contoh, sekiranya seorang pengguna mencari mutiara asli dan anda adalah seorang pembekal mutiara asli, pastikan kategori kumpulan bagi iklan anda adalah berkenaan dengan mutiara atau perhiasan atau yang seangkatan dengannya.Ini untuk mengelakkan kekeliruan dan memudahkan pengguna yang berminat tadi ‘menemui’ anda.

‘Repost’ iklan anda.

Kerap kali melakukan ‘repost’ untuk iklan anda memandangkan ianya adalah percuma.Pengiklan lain juga selalu meletakkan iklan mereka disebabkan ianya percuma.Jadi…sudah menjadi tanggungjawab anda untuk mengemaskini dan ‘repost’ iklan anda untuk memastikan iklan anda tidak berada di bahagian paling bawah halaman iklan klasified tersebut.
Selalulah ‘melawat’ laman web di mana iklan anda di letakkan.Lakukan beberapa langkah yang perlu untuk memastikan iklan anda berada di bahagain atas halaman.Jadi pengguna yang mencari produk atau servis seperti yang anda tawarkan akan mudah melihatnya.

Gunakan ayat memukau / menarik perhatian.

Untuk menghasilkan iklan yang efektif, anda haruslah menggunakan ayat yang boleh menarik perhatian pengguna.Cukup hanya sekadar memastikan mereka ingin klik pada iklan anda dan ingin mengetahuinya dengan lebih lanjut mengenai produk atau servis anda.Anda boleh menggunakan ayat seperti “Rahsia”, “Percuma”, “Cubalah”, “Bagaimana”, dan yang seangkatan dengannya untuk menarik perhatian.

Berikan butiran terperinci mengenai kelebihan produk atau servis yang anda tawarkan.Dimestikan untuk sentiasa menerangkan di dalam iklan tentang kelebihan yang akan diperolehi sekiranya mereka mendapatkan produk atau servis anda.Anda haruslah memberi mereka sebab – ‘Kenapa mereka harus memilih produk atau servis anda..?’ ‘Kenapa perlunya mereka mendapatkan daripada anda..?’.

Buat ringkas dan meyakinkan.

Jangan sesekali penuhkan iklan anda dengan ayat-ayat yang tidak penting/diperlukan.Cukup hanya dengan isi-isi penting yang berkaitan dengan produk atau servis anda.Untuk lebih meyakinkan pengguna, sertakan sekali pernyataan berkenaan syarikat dan cara untuk menghubungi anda atau paling tidak pun letakkan URL blog anda.Bagi mereka yang mempunyai web jualan, jangan lupa untuk sertakan URL web jualan anda di dalam iklan tersebut.

Teknik-Teknik Pemasaran Di Internet

Teknik -teknik ini telah diakui keberkesanannya oleh kebanyakkan usahawan-usahawan berjaya yang telah lama berkecimpung di dalam bidang perniagaan internet ini.

1. Pemasaran Forum
Forum adalah tempat yang sesuai untuk anda membina nama ataupun ‘jenama’ anda.Berikan sesuatu maklumat yang berharga dan percuma kepada ahli forum.Dengan cara yang demikian, anda akan ‘dipandang’ dan ‘kewujudan’ anda disedari oleh ahli-ahli forum yang lain.Ini secara tidak langsung dapat membina reputasi anda dalam niche yang anda pilih.Letakkan link anda pada ruangan signature.Elakkan dari terlibat dengan sebarang pergaduhan atau perbalahan.Anda ke forum adalah untuk mempromosikan perniagaan anda dan bukannnya untuk bergaduh.


2. Pemasaran Social (Laman Social Networking)
Pemasaran sosial ni lebih kurang sama saje dengan pemasaran forum.


3. Pemasaran Blog
Blog merupakan satu medium yang patut dimanfaatkan untuk menarik trafik ke laman web jualan anda.Dinasihatkan supaya anda menggunakan blog berbayar iaitu blog yang dihostkan di domain anda sendiri.Ini akan meningkatkan tahap ‘percaya’ pelawat/pembaca yang datang ke blog anda untuk mendapatkan produk/perkhidmatan anda.

4. Pemasaran Artikel
Merupakan satu cara yang popular untuk menjana back link daripada laman-laman web yang berkualiti/bertrafik tinggi.Lebih banyak artikel anda menerima pendedahan di dunia online maka akan lebih banyaklah perhatian/trafik yang akan anda terima sekaligus bakal mendapatkan hasil jualan untuk anda.

5. Pemasaran Video
Kini video telah menjadi trend untuk memasarkan info secara online.Ini kerana video adalah fleksible dan boleh menarik perhatian orang untuk menontonnya.Masukkan URL laman yang anda promosikan di awal dan akhir video tersebut.Sesiapa pun yang menonton video berkenaan, dengan mudah dan cepat akan dapat mencari link untuk mendapatkan informasi lanjut.

6. Pemasaran Email
Ia memerlukan anda untuk membina squeeze page dan meletakkan borang opt-in untuk mendapatkan alamat email subsciber.Contoh squeeze page yang biasa anda lihat adalah anda akan mendapat produk/software percuma sekiranya anda meletakkan nama & alamat email anda pada borang opt-in.Autoresponder diperlukan untuk membolehkan anda menghantar respond kepada orang yang mengisi maklumat pada borang opt-in tersebut dan menghantarnya secara automatik.Autoresponder juga digunakan untuk menghantar sebarang email promosi kepada senarai subscriber anda dengan sekali klik sahaja.


7. Pemasaran Viral
Buatlah satu ebook percuma dan letakkan pada squeeze page anda.Di dalam ebook tersebut selitkan link-link laman web jualan dan juga blog anda atau apa-apa saje link (link-link affiliate anda) yang berkaitan dengan isi kandungan ebook.Benarkan subcriber anda untuk mengedarkan ebook berkenaan secara percuma tetapi dengan syarat…isi kandungan ebook tidak boleh diubah.Maka di sini link-link anda yang terdapat di dalam ebook terbabit akan tersebar dari tangan ke tangan.


Masih terdapat banyak lagi teknik dan juga strategi pemasaran internet yang berkesan boleh anda gunakan. Semuanya atas kreativiti anda untuk mengusahakannya.

Anda dilarang menceburi bidang perniagaan internet jika.....

1. Tiada pengetahuan asas tentang komputer dan internet.Sekurang-kurangnya anda mesti tahu menggunakan komputer dan menguasai perkara-perkara asas mengenai pembinaan laman web dan juga penggunaan hosting.Pengetahuan tentang kod-kod HTML juga amat diperlukan.Cukuplah sekadar asas-asanya saja.Yang penting anda tahu..!

2. Menganggap internet adalah lubuk emas dan jalan pintas untuk anda menjadi bebas kewangan atau dalam erti kata lain, anda akan menjadi JUTAWAN segera.Bangun kawan..! Usah bermimpi di siang hari.Berpijaklah di bumi yang nyata.Sesungguhnya tiada jalan mudah yang sebegitu rupa.Saya sememangnya tidak menafikan bahawa perniagaan di internet ini dapat memberikan hasil pendapatan yang tidak disangkakan.Tetapi…itu semua memerlukan usaha dan kegigihan anda beserta cara yang betul untuk mendapatkannya.Dan yang paling penting, adalah mustahil untuk anda menjadi JUTAWAN dengan hanya membina perniagaan internet dalam masa 30 hari..!

3. Beranggapan bahawa semua produk anda akan laris terjual.Ini mungkin akan menjadi kenyataan sekiranya anda adalah satu-satunya penjual produk tersebut dan permintaannya pula adalah tinggi di internet.Tetapi harus diingatkan bahawa di internet terdapat beratus-ratus atau mungkin beribu bahkan mungkin juga berjuta orang menjual produk yang sama atau mungkin hampir sama dengan anda.Jadi di manakah peluang anda..? Jangan takut, peluang sentiasa ada dan terbuka luas.Rezeki anda tuhan yang tentukan…Walaubagaimanapun sebelum anda dapat menghasilkan jualan yang memberansangkan, banyak perkara yang perlu anda tahu dan lakukan.

4. Percaya bahawa perniagaan internet anda akan berjaya dengan hanya mengeluarkan modal yang kecil dan sekali saja seumur hidup.Tidak dinafikan bahawa perniagaan internet hanya memerlukan modal yang rendah jika hendak dibandingkan dengan perniagaan offline.Tetapi untuk memantapkan lagi perniagaan anda, anda perlulah mengeluarkan modal yang agak besar untuk menampung semua kos-kos pemasaran sekiranya ingin mendapatkan keuntungan yang berlipat kali ganda disamping kos untuk membayar hosting & domain, membeli buku@ebuku sebagai bahan rujukan dan sebagainya.Pendek kata, tiada istilah modal sekali seumur hidup.

5. Dibelenggu masalah kewangan dan terdesak untuk mendapat duit dengan mudah dan cepat.Sekiranya masalah ini yang sedang anda hadapi, terus terang saya katakan bahawa anda akan mudah ‘tersungkur’ sekiranya anda menceburi bidang perniagaan internet.Kenapa ya..? Ini kerana perniagaan internet memerlukan masa untuk anda meraih keuntungan.Disebabkan pemikiran anda yang sebegini, anda mungkin akan terjerat dengan mana-mana skim penipuan yang ntahapahapantah.

Jadi lebih baik anda fikir dulu sebelum buat..!

KETAHUILAH TAHAP ANDA SEBAGAI USAHAWAN INTERNET

7 tahap bagi seorang usahawan internet itu.Ianya adalah :

Tahap 1 – The Mooches

Secara ringkas, The Mooches adalah mereka yang :
Mempercayai internet bukanlah tempat untuk menjana sebarang pendapatan, tetapi internet hanyalah sekadar tempat untuk berseronok.
Kemahiran yang rendah di dalam teknik pemasaran.
Kurangnya motivasi untuk berjaya.
Bersikap rendah diri dan takut untuk mencuba.
PERCAYA bahawa kekayaan itu adalah kebetulan sahaja dan bukannya hasil dari kemahiran dan kerja keras.


Tahap 2 – The Wanna-Be

The Wanna-Be berada di atas sedikit dari The Mooches.
Dan mereka di dalam bahagian The Wanna-Be ini memiliki sifat dan personaliti seperti :
Sama seperti The Mooches, yakni kurangnya motivasi untuk berjaya.
Mahu wang tetapi tidak tahu bagaimana untuk mendapatkannya.
Gagal untuk bertanggungjawab keatas segala tindakan di dalam hidup mereka.
Mudah menjadi mangsa penipuan scam.Golongan ini melaburkan wang mereka di dalam peluang-peluang murah, mempercayai kononnya akan membawa kekayaan kepada mereka suatu hari nanti.


Tahap 3 – The Pretend To Be

Golongan The Pretend To Be ini boleh diibaratkan sebagai mereka yang bekerja keras TETAPI tidak mengambil sebarang pengajaran dari hasil usahanya.
Bermakna golongan ini, jika mereka gagal, mereka tidak membuat sebarang kajian atau post mortem mengapa mereka gagal.
Akhirnya mereka asyik melakukan kesilapan yang sama, kononnya mereka bekerja keras, tetapi masih lagi tidak berjaya berjaya.
Golongan ini Hard Work , tetapi tidak Work Smart.Ciri-ciri golongan ini adalah adalah seperti :
Mereka cakap banyak, namun pada hakikatnya mereka tidak melakukan apa yang mereka cakapkan itu.They just don’t walk the talk.
Kurang keberanian dan takut kepada ketidaktahuan.
Mereka hidup di dalam sangkaan mereka sendiri yang salah.Mereka mempercayai adanya masa yang sesuai dan tidak untuk melakukan sesuatu.Hakikatnya mereka tidak tahu SEKARANG adalah masa yang paling tepat..!


Tahap 4 – The Newbie

Di tahap keempat ini adalah tahap untuk The Newbie.Mereka yang di tahap ini mempunyai sikap-sikap yang sangat positif seperti keinginan untuk mempelajari ilmu-ilmu baru, mempunyai kemahiran-kemahiran yang diperlukan, namun kekurangan pengalaman.
Golongan ini mempunyai pegangan tersendiri iaitu ‘If you want something done, you gotta do it yourself.’ Ini bermakna, mereka akan melakukan KESEMUA kerja-kerja berkaitan perniagaan mereka, dan secara langsung ianya tidak memberi peluang untuk mengembangkan perniagaan mereka.


Ciri-ciri untuk golongan The Newbie ini adalah :

Kebanyakan dari usahawan internet JATUH di level ini.
Mereka keliru dengan pendekatan yang betul untuk memasarkan sesuatu produk.
Kurangnya pemahaman terhadap asas di dalam pemasaran.
Tiada visi.Gagal untuk melihat perniagaan mereka dari segi jangka panjang.

Tahap 5 – The Marketer

The Marketer telah mencapai tahap di mana mereka hampir mencapai kejayaan tersendiri.Mereka telah menjana pendapatan akan tetapi mereka kurang dari segi cita-cita untuk membina sebuah perniagaan berasaskan internet, dan bukan hanya memiliki laman web yang menjana pendapatan sahaja.
Mereka ini mempunyai ciri-ciri seperti :
Takut untuk keluar dari zon selesa mereka, walaupun menjana pendapatan yang tinggi dari internet.
Kebanyakannya memilih ‘bermain untuk tidak kalah’ berbanding ‘bermain untuk menang’.
Memiliki perniagaan yang berpotensi untuk dibawa ke tahap yang seterusnya.

Tahap 6 – The Master

The Master adalah jutawan.Mereka mempunyai pendapatan 6 angka setahun.Mereka adalah leader di dalam industri mereka.Mereka berpengalaman bekerja di dalam pelbagai jenis perniagaan.
Keupayaan utama The Master adalah , mereka boleh memasuki mana-mana saja niche, walaupun niche yang mereka masuki itu bukanlah niche kepakaran mereka dan mereka tiada pengalaman di dalam pasaran niche tersebut.
Ciri-ciri mereka di bahagian The Master adalah seperti berikut :
Mereka meng-outsource hampir keseluruhan perniagaan mereka kecuali pemasaran.
Tidak pernah berhenti belajar-sentiasa ingin menambah ilmu dan membuat pelaburan untuk diri sendiri.
Menpunyai visi yang jelas dengan apa yang mereka inginkan.
Percaya pada diri sendiri dan keupayaan yang mereka ada.

Tahap 7 – The Entrepreneur

Inilah tahap terakhir di dalam hirarki seorang usahawan internet.
The Entrepreneur adalah mereka yang telah mencapai kejayaan tertingi di dalam hidup mereka.
Mereka mengaji individu-individu yang lebih cemerlang dari mereka untuk memastikan kejayaan perniagaan mereka.
Ciri-ciri The Entrepreneur adalah mereka yang :
Memiliki visi dan sifat keusahawanan yang tinggi.
Membawa perniagaan mereka menjadi public.
Sentiasa meningkatkan modal.
Mengaji pengurus profesional untuk menjalankan perniagaan mereka.
———————————————————————————————————
Penyelesaianya di sini, BUKAN sahaja anda membaca senarai tahap-tahap di atas, apa yang anda MESTI lakukan adalah:
‘Tahu Tahap Anda Sendiri’
Ketahui tahap anda.Ketahui kemampuan anda.Ketahui pasaran anda.Fokus kepada kekuatan anda dan JANGAN sesekali cuba untuk mendapatkan sebarang formula (kononnya) untuk cepat kaya dengan bergoyang kaki sahaja.
===================================================================
7 Tahap Usahawan Internet ini dipetik daripada Laporan saudara Mohd Amirul Faisyal yang bertajuk ‘Lima Pembohongan TERBESAR Perniagaan Internet‘.

Monday

Punca hati jadi rosak/mati

Menurut Hasan al-Basri Rahmatullahu’alaih…Ada 6 punca hati jadi rosak/mati ;

1. Sengaja berbuat dosa karena ingat masih ada harapan untuk bertaubat.

2. Mengajarkan ilmu pengetahuan tetapi tidak mengamalkanya.

3. Buat amalan tapi tidak ikhlas.

4. Makan rezeki daripada Allah tetapi tidak mahu mensyukurinya.

5. Tidak pernah puas dengan pemberian Allah.

6. Mengebumikan Jenazah tetapi tidak pernah mengambil pelajaran dari peristiwa itu.

(Hasan Al Bashri r.a.)

BEBASKAN Diri Dari HUTANG

1. PERIKSA rekod perbelanjaan untuk tempoh 12 bulan. Setahun adalah jangka masa yang tepat untuk melihat apa yang berlaku. Jadi lihat semua perbelanjaan, penyata bank, rekod buku cek, penyata kad kredit atau apa sahaja rekod yang anda ada.
Dan untuk perbelanjaan yang menggunakan wang tunai, bawa buku nota untuk beberapa minggu dan tulis semua perbelanjaan anda, walaupun untuk membeli goreng pisang makcik. Akhirnya, anda akan dapati betapa sedikit akan menjadi bukit. Saya telah mencubanya dan memang boleh dapat angin ahmar tau (sebab terkejut)… hehe

2. KIRAKAN jumlah perbelanjaan anda dalam sebulan, dengan mencampurkan semua bil yang perlu anda bayar dalam sebulan.

3. TULISKAN senarai hutang yang anda tanggung. Jangan lupa masukkan sekali ansuran rumah. Telefon bank jika anda tidak pasti berapa hutang yang anda ada.(Pastikan ada selalu kemas kinikan rekod senarai hutang ini)

4. BUAT SENARAI pembayaran minima yang perlu anda lakukan setiap bulan. Katakan anda perlu membayar RM2000 setiap bulan.

5. TENGOK BAKI yang perlu anda bayar, dengan anggapan bahawa anda membayar setiap bulan tanpa ada yang tertunggak.

6. SENARAIKAN hutang anda supaya hutang yang sedikit diatas sekali, dan yang banyak terletak dibawah. Jangan lupa senaraikan semua hutang anda. Contohnya:
1)Hutang stereo RM20002)Hutang kad kredit RM5,0003)Hutang kereta RM50,0004)Hutang rumah RM100,000

7. Sekarang anda perlu ‘MENYERANG’ untuk membayar hutang yang sedikit dahulu. Buat keutamaan untuk habiskan hutang yang sedikit dahulu (tv?) dan akhir sekali hutang yang agak besar, contohnya kereta atau rumah.

8. Pada langkah Nombor 4, anda telah kirakan jumlah minima hutang yang perlu anda bayar setiap bulan iaitu RM2000. Sematkan di minda anda untuk tambahkan sebanyak 10% daripada jumlah tersebut, iaitu RM200!

9. Untuk mempunyai tambahan RM200 untuk membayar hutang, kurangkan RM200 daripada perbelanjaan, dan simpan untuk membayar hutang.
Cuba fikirkan semua cara untuk mengumpulkan RM200 ini. Anda perlu berbincang dengan keluarga anda apa yang perlu dan tidak perlu dibeli. Contohnya jika anda selalu makan diluar, cuba kurangkan. Jika anda merokok, cuba berhenti. Jika anda berusaha, pastinya anda temui jalan untuk jimatkan paling kurang RM200 sebulan.

10. Gunakan wang tambahan RM200 ini untuk membayar hutang No.1 anda yang kecil dahulu. Jika anda membayar RM100 sebelum ini, sekarang anda bayar RM300 (RM100+RM200). Apabila habis hutang pertama, gunakan RM300 untuk tambahkan bayaran kepada hutang kedua. Jika sebelum ini anda membayar RM200 untuk hutang kedua, anda bayar RM500 (RM200+RM300) selepas hutang pertama habis. Ianya akan memberikan impak maksima untuk melangsaikan hutang anda dengan cepat. Teruskan penambahan sehingga ke senarai yang terakhir.
Dengan cara ini anda akan bebas dari hutang dalam masa beberapa tahun. Kelebihan daripada sistem ini bermula hanya daripada RM200 yang anda jimatkan, dan ianya bertambah sebaik sahaja hutang pertama anda habis.

Cuba praktikkan teknik ini dan anda pasti terkejut dengan hasilnya kelak.

TIPs Penipuan Di INTERNET

1. Penipuan lelongan internet Pengguna dikatakan akan menerima barangan yang kurang brharga atau berbeza daripada yang sebenarnya atau mereka tidak menerima barangan itu terus.

Tindakan: Tidak sewenangnya membuat pembayaran menggunakan kad kredit atau kalau boleh, hanya bayar setelah mendapatkan produk yang dibeli. Pastikan produk yang dibeli ada jaminan ‘wang kembali’

2. Penipuan penyedia perkhidmatan internetPengguna dikenakan kontrak penggunaan perkhidmatan yang lama dan dikenakan denda yang banyak sekiranya mahu membuat pembatalan.

Tindakan : Pastikan anda bertanya dan membaca kontrak dengan teliti sebelum bersetuju dengan sebarang perjanjian.

3. Penipuan promosi rekabentuk laman webPengguna ditawarkan pembinaan web dengan masa percubaan 30 hari tetapi mereka meminta membayar untuk perkhidmatan lain dan maklumat mereka disalahgunakan.

Tindakan : Sentiasa memeriksa bil anda terutama bil telepon. Pastikan tiada sebarang transaksi meragukan.

4. Penipuan maklumat internet dan lawan web dewasaMaklumat pengguna kad kredit akan digunakan secara salah oleh mereka yang tidak bertanggungjawab setelah melakukan pembayaran kepada laman web dewasa atau lucah.

Tindakan : Batalkan serta merta kad kredit anda dan buat aduan kepada bahagian ‘customer service’ syarikat kad kredit anda

5. Penipuan pemasaran mutilevel atau piramidAda bermacam-macam program multilevel atau piramid yang tidak sah yang mengaut keuntungan dengan menipu orang ramai.

Tindakan : Pastikan corak pemasaran mereka dengan teliti. Tanya pendapat orang lain sebelum anda menyertai sesuatu program. Jika corak pemasaran mereka mengelirukan, jangan sekali-kali sertainya.

6. Peluang perniagaan dan kerja rumahPengguna dijanjikan wang yang banyak untuk melakukan kerja yg sedkit.

Tindakan: Biasanya bayaran yang banyak itu hanya umpan untuk anda ditipu. Kalau jelas mereka menipu, laporkan hal tersebut kepada pihak berkuasa.

7. Skim pelaburan dan cepat kayaPengguna ditawarkan pulangan yang tinggi dengan pelaburan yang sedikit.

Tindakan: Periksa dengan pihak berkuasa terutama kementerian kewangan dan suruhjaya sekuriti mengenai syarikat atau skim tersebut.

8. Penipuan percutianPengguna ditawarkan dengan percutian yang murah tetapi mereka tidak memberitahu harga sebenar dan keperluan lain sebelum mendapat percutian.

Tindakan : Rujuk kepada pihak tertentu dan baca dengan teliti tawaran yang diberikan.

9. Penipuan talian telefonBanyak laman web dewasa dan lucah menawarkan talian terus kepada mereka dengan percuma. Tetapi sebenarnya ia akan menyebabkan moden anda mendail terus ke talian luar negara yang tersangat mahal.

Tindakan: Pastikan anda tidak memindahterima program tawaran percuma dan periksa bil telefon anda samaada terdapat sebarang rekod panggilan ‘pelik’ yang berlaku.

10. Penipuan penjagaan kesihatanLaman laman web yang menawarkan bekalan ubat atau pemulihan kesihatan untuk masalah kesihatan yang serius. Malangnya ubat yang ditawarkan langsung tidak berkesan.

Tindakan : Jumpalah doktor atau orang yang lebih arif yang bertauliah untuk mendapatkan sebarang pandangan pandangan sebelum membeli sebarang ubat/produk kesihatan.
Berwaspadalah daripada sebarang penipuan di internet.

TIPs penggunaan PC dengan BETUL

1. Jangan install lebih dari 1 OS dalam satu sistem.
2. Jangan letakkan bilangan user yang terlalu ramai dalam sesuatu sistem, paling banyak pun 2, terbaik biar hanya 1 user saja.
3. Jangan install perisian yang anda tidak pasti sumbernya.
4. Berhati-hati apabila update driver motherboard dan processor (biasanya tak perlu update pun).
5. Sentiasa update perisian antivirus anda.
6. Jangan install atau cuba run perisian yang melebihi kebolehan sistem anda (biasanya game lar,memerlukan spesifikasi yang tinggi).
7. Elakkan install perisian terlalu banyak dalam drive anda install OS anda, elakkan juga menyimpan fail dalam drive tersebut, simpan dalam drive atau partition lain.
8. Berhati-hati ketika mereka partition, data dalam partition yang anda delete dan reka semula akan hilang sama sekali.
9. Ketika menggunakan perisian untuk tweaking setting komputer, berhati-hati agar tidak menjadikan anda menyesal kemudian hari.
10.Jangan overclock sistem anda walaupun anda cukup hebat dalam bidang tersebut, banyak komplikasinya, dan jangka hayat sistem anda akan berkurang.
11.Jangan memaksa sistem anda bekerja untuk beberapa perisian serentak,contohnya membuka 7 ke 8 perisian serentak!!!
12.Elakkan install terlalu banyak perisian yang anda tidak perlukan.
13.Scan virus sekurangnya sekali seminggu, defragment,check registry,buang fail tak penting sekurangnya sekali setiap 2 minggu.
14.Elakkan menggunakan “regedit” dan “services.msc” jika anda kurang mahir mengenainya!!!
BIOS?Jangan usik jika anda tidak mahir mengenainya!!!
15.Membuka casing untuk penyejukan memang bagus, tapi pastikan anda prihatin dengan kebersihan sistem anda.
16.Elakkan makan dan minum berdekatan sistem anda.
17.Penggunaan sistem penghad kuasa digalakkan, seperti PowerBuster.
18.Jangan install perisian perlindungan komputer hebat yang menggunakan password kalau anda seorang yang pelupa!!!
19Andai anda ingin membawa pc anda untuk perjalanan jauh, seperti naik bas, tanggalkan beberapa komponen dan bawa dalam beg berasingan seperti hard disk, graphic card, untuk mengelakkan berlaku kerosakkan kepada komponen ini apabila pc anda mengalami hantukan atau terjatuh!!!
20.Elakkan install perisian mencurigakan, jika anda tidak mahu menjadi gelabah kemudian,seperti muncul senarai “gambar blue” dalam senarai screensaver anda secara tiba-tiba,yang sudah pasti anda tidak tahu cara deletenya.lebih teruk kalau komputer anda diserang virus atau ditakluk trojan.
21.Sistem anda perlahan,walaupun anda sudah tweak setting??upgrade la hardwarenya:)
22.Restart/Reset komputer ketika masalah muncul kadang-kadang membantu:)
23.Jangan membiarkan komputer anda terbuka 24jam sehari…akan membawa kesan jangka panjang yang teruk,seperti motherboard atau processor melebur.