Template by:
Free Blog Templates

Thursday

MENGAPA USAHAWAN GAGAL?

Walaupun berniaga sendiri banyak kelebihannya, ada sesetengah usahawan gagal menjalankan perniagaan mereka. Antara faktor dan sebab mengapa usahawan gagal dijelaskan sebagaimana yang berikut....


Gagal merancang dengan baik ataupun tidak tahu merancang. Mereka yang gagal merancang, sebenarnya merancang supaya gagal. Walaupun rancangan mungkin dibuat, la tidak spesifik dan sekadar, "Saya mahu untung tahun ini!" Berapa sasaran untungnya dan bagaimana merealisasikannya, tidak ditetapkan. Akhirnya, impian jadi seperti angan-angan Mat Jenin.


Gagal mengurus aliran tunai. Tiada catatan dan rekod transaksi yang membolehkan aliran wang keluar dan masuk diketahui dengan tepat dan dipantau. Sesetengah usahawan berpendapat, wang masuk adalah keuntungan dan sebagai pemilik perniagaan, mereka berhak membelanjakan wang bagi apa saja tujuan, termasuk perkara yang tidak menguntungkan perniagaan.


Suka bertangguh. Sikap ini pada awalnya mungkin tidak memberikan masalah besar, tetapi apabila dibiarkan, ia mem-beri kesan pada pengurusan perniagaan. Dokumen jadi bertimbun kerana lewat diproses, masa terbuang dengan mencari maklumat dan akhirnya keputusan yang dibuat adalah tidak tepat serta merugikan perniagaan.


Mengambil mudah aspek persaingan. Usahawan mengambil pendirian, 'rezeki secupak tidak akan jadi segantang'. Mereka juga terlalu yakin dengan kelebihan diri kerana sudah lama bertapak dan dikenali ramai, tidak berusaha supaya terus berdaya saing serta tiada usaha mempembaharui dan mengunikkan produk dan perkhidmatan.


Strategi pemasaran yang tidak berkesan. Strategi pemasaran yang digunakan tidak berkesan bagi menarik pelanggan. Malah, ianya tidak berjaya mengekalkan pelanggan yang sedia ada. Pelanggan lebih tertarik dengan pesaing yang Strategi pemasarannya jauh lebih berkesan.


Khidmat pelanggan yang tidak cekap. Usahawan hanya memikirkan bagaimana mendapatkan pelanggan tetapi tidak memikirkan cara mengekalkan pelanggan. Hakikatnya, mengekalkan pelanggan adalah lebih sukar daripada mendapatkan pelanggan.


Pekerja tidak cekap dan tidak amanah. Pekerja diambil tidak berdasarkan kemahiran dan sikap yang betul. Usahawan tidak membuat pelaburan bagi melatih pekerja dan tidak meluangkan masa yang cukup bagi menyelia pekerja.


Kemahiran terhad. Usahawan mahir dalam satu bidang sahaja. Sebagai contoh, usahawan produk kraf tangan perlu juga ada pengetahuan dalam aspek komunikasi, pemasaran, komputer, perhubungan awam dan sebagainya.


Lokasi perniagaan tidak sesuai. Kedai sukar disinggahi ataupun pelanggan sukar pergi ke kedai itu. Misalnya, kedai berada di tengah-tengah persimpangan lampu isyarat ataupun terlindung, menggagalkan perniagaan walaupun barangannya bermutu dan banyak pilihan. Pelanggan juga mungkin tidak terperasan apabila kedai pakaian misalnya, terletak di tingkat atas bangunan.


Tidak berfikiran jauh. Usahawan tidak berfikiran global dan futuristik atau ke hadapan. Mereka tidak tahu ataupun tidak ambil tahu perkembangan semasa pelbagai aspek perniagaan. Barangan yang dijual ataupun perkhidmatan yang diberikan mungkin terkebelakang daripada segi ciri-cirinya dan mempunyai permintaan yang berkurangan. Usahawan perlu menambah ilmu pengetahuan dari semasa ke semasa dan ia boleh dilakukan dengan menghadiri kursus- serta seminar keusahawanan, mendapatkan nasihat daripada rakan-rakan serta mereka yang pakar dan juga membaca majalah-majalah serta laman web berkaitan usahawan.


Kurang pengalaman. Usahawan menjalankan perniagaan dalam bidang yang mereka tidak mahir ataupun tidak minat. Usahawan yang bermula daripada bawah, biasanya lebih ber-jaya dan kekal lama kerana mereka berpengalaman dalam perniagaan yang dijalankan. Mereka tidak mudah ditipu oleh pelanggan dan pekerja. Mereka juga tidak mudah dikalahkan oleh pesaing.


Kurang modal kewangan. Perniagaan yang dimulakan tanpa modal yang mencukupi, mungkin menyukarkan usahawan berkembang, mengecewakan pelanggan dan akhirnya menggagalkan perniagaan. Walau bagaimanapun, modal yang sedikit apabila diurus dengan baik, tidak mustahil rezeki secupak menjadi segantang.


Tiada sistem mengurus akaun yang efisien. Hal ini menyebabkan usahawan tidak tahu kekuatan sebenar perniagaan dan mengesan kelemahan perniagaan pada peringkat awal. Masih ramai usahawan bumiputera tidak mementingkan aspek mengurus akaun dalam perniagaan mereka. Antara sebabnya adalah, mereka gagal memahami bagaimana sistem mengurus akaun yang mantap dapat membantu mereka mengaut untung dan mengelak rugi.


Terlalu tamak berkembang. Usahawan tidak 'mengukur baju di badan sendiri'. Cawangan yang dibuka tidak kena pada masanya dan tanpa kemampuan kewangan yang mencukupi, menyebabkan usahawan gagal.


Tiada penyambung kejayaan. Ada perniagaan gagal bertahan lama kerana individu yang bertanggungjawab membangunkan perniagaan, jatuh sakit ataupun meninggal dunia. Malangnya, tiada siapa yang berkebolehan dan terlatih, dapat mengambil alih perniagaannya. Ada perniagaan yang berjaya pada zaman 'pentadbiran' si ayah, tetapi menjadi kucar kacir apabila tampuk 'pemerintahan' diambil alih oleh si anak.


Sikap negatif usahawan. Perniagaan boleh gagal disebabkan oleh sifat negatif yang dimiliki oleh usahawan seperti hasad dengki, boros, tamak, pemarah, berprasangka, terlalu berahsia dan individualistik.


KEBENARAN ITU PAHIT, RAHSIANYA ................

SAYA NAK CARI DUIT DI INTERNET……

TUNJUKKAN CARA YANG 100% BETUL DAN BERKESAN.....

JANGAN TIPU SAYA LAGI.....

Sekarang semua benda mahal...RM100 pun tak cukup bawa ke pasar. Kalau nak rasa hidup stabil sedikit kena buat kerja lebih...kena cari pendapatan sampingan
Orang kata cari duit di internet senang dan mudah...duduk depan PC 2-3 jam boleh dapat RM

SAYA DAH BUAT TAPI TAK DAPAT APA-APA PUN …….

Duit saya terbang ada lah...beli ebook itu ebook ini kononnya dalam masa beberapa hari akaun bank saya akan melimpah-limpah dengan duit
Tapi mana duitnya...seposen pun tak ada????

ANDA BUAT KESILAPAN SEBENARNYA…….

Anda nak cepat kaya kan? Dalam fikiran anda dah set "aku nak kaya...aku nak kaya..." betul tak?
Terjumpa pula iklan program cepat kaya yang 'menggiurkan' ... puluh-puluh ribu RM ratus-ratus ribu RM ....mata anda dah berpinar-pinar...kepala dah terbayang stereng BMW
Tak usul periksa...tak selidik dahulu...tak kaji dulu...bum!!!...anda join
Bayar duit pengeras...angan-angan mula tinggi...BMW...Kondo...
Eh...lepas 2-3 minggu senyap jek...apa cerita...
Laaa...kena tipu...kena cari orang rupanya...kena kelentong orang lain pula supaya dapat sedikit habuan...waaaaa....angan-angan berkecai

PESAN ORANG TUA-TUA KITA:-

JANGAN MAIN HENTAM KEROMO.......

Bagus sangat ke saya ni nak nasihatkan orang pula...

Saya tidak sebagus mana...cuma mempunyai inisiatif untuk berkongsi dengan anda pengalaman-pengalaman yang telah saya lalui dan tempuhi di dalam dunia internet ini sejak dari tahun 2002
Mula-mula dulu...saya pun teraba-raba tercari-cari cara yang betul nak cari duit di internet...
Cuba itu cuba ini...arghhhh...semuanya tak menjadi....
Beli ebook itu beli ebook ini...kesudahannya saya sendiri pening kepala...
Tapi saya jenis 'positif'...saya yakin mesti ada cara...jika tidak masakan Irfan Khairi, Ewen Chia, Patric Chan, Gobala Krishnan, Stuart Tan bole jadi jutawan....
Mesti ada cara....

HAKIKAT YANG KITA TERLUPA.......
Sebenarnya ada satu perkara yang kita terlupa atau terlepas pandang..

Kita nak cari duit...kita nak buat duit....pokoknya kita NAK DUIT....jadi ini bermakna
KITA NAK DUIT ORANG.......KITA NAK DUIT ORANG....
kesimpulannya, kita mahu orang keluarkan duit dari kocek mereka dan beri pada kita maka kita akan dapat duit...contohnya...jika 10 orang beri kita duit RM10 setiap orang maka kita dapat RM100...
jika 1000 orang beri kita RM10 setiap orang...kita dapat RM10,000...
Tapi...semudah itu ke orang nak kasi kita duit????
Adakah kita kena minta derma???
Hakikatnya mudah sahaja....orang akan kasi kita duit jika mereka mendapat pulangan yang setimpal dengan nilai wang yang mereka keluarkan...

Ini bermakna...mereka akan bayar/beri anda duit jika anda dapat memberikan mereka sesuatu benda yang mereka mahukan....
Itu sebab saya katakan iklan yang menjanjikan pulangan beribu-ribu RM sambil tonton Astro wang melimpah-limpah masuk ke akaun bank anda adalah MENGARUT!!!!
Siapa yang akan beri anda duit jika kerja anda hanya goyang kaki tonton Astro??

Inilah hakikat yang kita lupa.....kita nak cari duit....tapi kita terlupa bahawa duit itu datang dari orang lain....bukannya dari program-program yang mengarut semua itu...

SENANG KE ORANG NAK BERI KITA DUIT ???........

Susah....bukan senang orang nak beri anda duit...itu sebab macam-macam program anda sertai...anda tak dapat duit...
Anda fikir program tersebut yang berikan anda duit macam apa yang diiklankan tetapi hakikatnya tidak...
Saya ulangi sekali lagi...jika anda nak cari duit di internet maknanya anda kena cari jalan untuk membuatkan orang lain memberi/membayar duit kepada anda...


TUNJUKKAN SAYA CARA YANG BETUL .......

BAGAIMANA MENCARI DUIT DI INTERNET........

CARA YANG BENAR-BENAR BERKESAN ........

Baiklah...kita mulakan semula dari Asas...

Macam saya kata tadi...orang akan beri/bayar anda duit jika anda memberikan mereka apa yang mereka mahukan...
Pendek cerita...orang akan bayar anda jika anda mempunyai PRODUK yang mereka mahukan atau minati...

Hmm...nampak macam susah kan....

Bukan senang nak senang...bukan susah nak susah...

PRODUK ...... PRODUK ........ PRODUK .........


Jika anda mempunyai produk sendiri maka anda boleh jual di internet untuk mendapatkan duit (keuntungan)...
Bagi yang tidak mempunyai produk sendiri...anda masih mempunyai 2 pilihan laitu :

1. Jualkan produk orang lain (re-seller)...di mana anda membeli produk orang lain dan mendapatkan hak untuk jual semula dan menerima semua keuntungannya

2. Jadi ejen (affiliate) dengan cara mempromosikan produk orang lain dan menerima komisen atas setiap jualan yang terhasil...

Nampak macam susah aje...
Pernah dengar ungkapan ini?


KEBENARAN ITU PAHIT.............

Mungkin anda sudah mula termenung...

Baru tahu rupanya bukan mudah nak cari duit di internet...

Bukan mudah nak dapatkan duit dari orang lain...

Patutlah dah join macam-macam program tapi tak dapat duit...

Pernah dengar ungkapan ini pula?



SETIAP PENYAKIT ADA UBATNYA KECUALI ” MATI”

Bagi saya ungkapan ini mempunyai maksud yang lebih besar iaitu...

Setiap perkara yang susah atau mustahil ada cara untuk memudahkannya...

Jika anda rasa mencari duit dengan cara yang betul adalah susah atau sukar tetapi bagi saya pula ianya boleh dipermudahkan...
Ibarat negara kita Malaysia, pada awal tahun 80an kita tidak pernah termimpi untuk mempunyai kereta nasional sendiri...
Kita hanya bersandarkan kepada kereta-kereta dari Jepun & Eropah...
Apabila kerajaan memberikan idea mengeluarkan kereta nasional kita sendiri, ramai yang skeptikal...ramai yang mengatakan ianya mustahil...ramai yang ragu-ragu...
Tetapi, akhirnya...keraguan itu terjawab sekarang....kita mampu...kita boleh dan tiada apa yang mustahil...

APAKAH CARA UNTUK MEMUDAHKANNYA ..........

APAKAH CARA UNTUK BERJAYA MENCARI DUIT DARI INTERNET .........
Cuba ingat semula ketika anda kecil dahulu...

Bagaimana anda yang tidak mengenali ABC 123 akhirnya anda pandai...
Adakah ianya 'magik'...
Adakah memang sudah ditakdirkan anda akan pandai ABC 123 secara automatik?
Pasti tidak bukan...
Semua kanak-kanak kecil yang tidak mengetahui apa-apa akan melalui satu proses yang dipanggil Proses Pembelajaran...
Belajar...
Belajar ABC...
Belajar 123...
Dari tidak tahu akhirnya tahu...
Sama juga dengan semua perkara lain...
Benda yang susah kita belajar supaya ianya menjadi mudah bagi kita...
Anda tidak tahu cara mencari duit yang betul di internet...maka anda hendaklah belajar cara-caranya dan apabila anda sudah pandai maka kerja-kerja mencari duit di internet akan menjadi mudah bagi anda...
Itu sahaja rahsianya...

Belajar...Belajar...Belajar...

Anda tidak tahu cara mencipta Produk...
maka belajarlah cara-caranya...
Anda tidak tahu cara untuk menjual semula produk orang lain...
maka belajarlah cara-caranya...
Anda tidak tahu cara menjadi affiliate yang berjaya...
maka belajarlah cara-caranya...
Tapi jika anda ingin kaya segera dengan melakukan kerja sedikit dan mudah...maka teruskanlah angan-angan anda itu...anda tidak akan ke mana-mana

RAHSIANYA IALAH BELAJAR ILMU YANG BETUL

Dapatkan panduan yang amat berharga serta amat tinggi nilainya dan dengan cara betul untuk anda memulakan perniagaan atau mencari pendapatan di INTERNET.

Sebagai panduan anda lihat dan klik pada banner dipamerkan

Terima kasih




Dicetak dari hasil tulisan Pn Lisa Hilmi